Friday 26 May 2017

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

❤Bicarahati Penyucian Sempena Ramadhan :

Allahumma Ya Fattah Ya Rahman Ya Rahim, Bukalah buat kami pintu Ramadhan dengan diiringi oleh RahmatMu, RedhaMu dan KeberkatanMu buat kami semua.💖

Allahumma Ya Affuw ya Ghaffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jalil, kami Sedar untuk Memasuki Ramadhan yang Mulia ini Memerlukan HATI yang Suci dan Bersih dari Segala Tujuan Melainkan hanya semata-mata Untuk Mencari Redha & CintaMu 💝. Oleh Itu Bersihkan Hati kami dari segala Niat² yang tidak Engkau Redhai sepanjang Ramadhan ini, Masukkan secebis CintaMu Ya Waduud dalam Hati kami agar kami dapat Mengejar CintaMu itu sebagai KekasihMu dan Tenggelam dalam Keasyikan Ibadah kepadaMu sepanjang Bulan yang mulia ini.😢

Allahumma Ya Majid Ya Hamid, Hiasi kami dengan Budi Pekerti Mulia dan Sifat Terpuji TerhadapMu sepanjang Ramadhan ini 🌹. Ya Hafiz Ya Muhaimin, Lindungi kami dari Keengkaran, dosa dan Maksiat sepanjang Ramadhan ini.😣

Allahumma Ya Aziz ya Qowiy Ya Matin, Kuatkan 💪🏻 Jiwa dan Jasad kami untuk Melaksanakan Ibadah puasa secara Lahiriah dan Bathiniah agar Puasa kami diterima olehMu melalui Amal soleh dan Ibadah² yg lain seperti Solat Tarawikh, Tahajud, Tadarus Al Quran (Baca, Faham & Amal Quran)  dan Berzikir MengingatiMu dari pagi ptg siang dan Malam 🌷.

Allahumma Ya Mu'id, Kembalikan diri kami sebagai Abdi dan KhalifahMu melalui *Penyucian Jiwa Sepanjang Ramadhan ini dan Kurniakan kami Energi Khalifah untuk kami Melaksanakan Sebaik-baik Tugas Khalifah di mukabumi ini.* Ameen ya Mujib ya Rabbal'alamin 🌻

Saturday 20 May 2017

SIHATKAH DALAMAN KITA???

Mungkin kita hanya terfikir... sihat dalam adalah seluruh organ dalam kita berada dalam keadaan baik.. itu memang benar... apabila organ dalaman berfungsi dengan baik..maka fizikal luaran kitapun akan sihat dan cantik... itu adalah dari segi lahiriah...tapi kita juga perlu berusaha menjaga kesihatan dalaman dari segi batiniah... kita peruu menjaga kesihatan hati daripada berhasad dengki, iri hati, dendam dan sebagainya... Apabila hati kita sihat..bebas daripada sifat2 mazmumah..maka keikhlasan itu akan terserlah diwajah.. itulah kecantikan yang hakiki.

Celoteh..Bonda


Friday 19 May 2017

Ku abadikan kisah ini di blog ini agar ia terus menjadi peringatan serta pedoman..

LIHAT !! DI DUNIA LAGI ALLAH DAH TUNJUK KEHEBATAN ORANG YG BERCITA-CITA MATI SEBAGAI HAFIZ ALQUR'AN... MASIH NAK PERTIKAI APA UNTUNGNYA HANTAR ANAK BELAJAR ALQUR'AN??

EKSKLUSIF!! (Sinar Harian - Edisi  18/5/17)

Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu digali semula pagi ini oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya. Sample yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

Ternyata, sekali lagi Allah SWT menunjukkan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu. Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!.
Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Ternyata dan terbukti kepada mereka yang mengutamakan al-Quran dalam kehidupannya, dipelihara jenazahnya dari seksaan azab kubur.

Menurut bapa saudara arwah, Mas Arip, dia bersama bapa mentuanya, Ahmad bin Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.
“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam.

Pihak forensik yang mengambil sample dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.
“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. Masya Allah. Allah maha berkuasa,”kongsinya lagi.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz berkenaan. Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan dan dilepaskan kerana kekurangan bukti.

Semoga Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam tidak sampai 10 hari ini benar-benar menjadikan kita umat Islam yang beramal soleh dan memperoleh rahmat dan hidayah dari Allah SWT.

Alangkah bertuahnya anak-anak yang dilorongkan hatinya ke jalan yang dicintai Allah SWT 😭
.
.
Sila sebarkan kisah nyata ini kpd semua umat Islam... Moga kita ada bahagian pahala jua di sisiNya...

Jazakallahu khoir...



.
TIPS MACAM MANE NAK TUKAR SKINCARE🌸

Nak tukar skincare pun ade cara dia tau. Bukan main guna atau tukar je. Takut-takut kesan gabungan produk lama di wajah anda dgn produk baru boleh menjadi racun pulak, Ini dia cara penukaran skincare yang betul dan selamat.
.
1. Stop guna previous skincare dalam 7-14 hari. Boleh apply pelembap secara halus untuk elak kulit kering. Doktor suggest hanya basuh air suam selalu pada muka @ guna hampas tea yang dah guna buat air tu ...

2. Membiarkan wajah neutral selama 7 hari sekurangya, iaitu membiarkan wajah anda bebas dari sebarang produk. Penerimaan kulit kita berbeza-beza, takut juga kulit kita terkejut dengan kedatangan produk baru.
.
3. Bila dah gune skincare baru, berlaku sesetengah jenis kulit dimana akan timbul jerawat, rashes, dry skin, oily (disebabkan effect mercury skincare lama/ effect stop guna).
.
4. Jika produk anda biasa sahaja, tiada merkuri dan wajah anda ok. 1-2 hari sudah ckup untuk neutralkan wajah anda. Kemudian, boleh terus tukar skincare.

[ *Penting - Bagi yang nak guna Skincare yang bebas mercury, anda dah boleh mula stop pengunaan skincare lama anda. ]

Untuk dapatkan guide berterusan secara  PERCUMA boleh la WhatsApp (+60193055299)  special service untuk yang betul betul serious nak cantik dan sihat sahaja✌😃

#RSHealth
https://www.facebook.com/rshealth/

Monday 15 May 2017

GURU

BINGKISAN BUAT GURU TERSAYANG

Aku sering  tak mengerti....
Aku sering keliru...
Mencari sesuatu yang pasti....
Di saat ku meraba-raba di lorong yang kelam...
Kau suluh jalanku...
kau paut tangan ku...agar ku tidak hanyut..
Hatiku yang gersang...kau sirami dan bajai hingga ia subur kembali..

Terima kasih Guru...
Aku sering tak mampu menahan air mata ini disaat kenangan bersama mu melintas diingatanku.

Selamat Hari Guru
                                                                                                                                                                                                                        





                                                                                                                                                                                                 

KEPENTINGAN BERSEDEKAH Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amal...